Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
KESIHATAN

Khasiat dan Manfaat Belimbing Buluh

Pokok belimbing buluh atau nama saintifiknya Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan. Mudah dijumpai di kawasan kampung dan kawasan perumahan kerana pokok ini mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Buahnya boleh digunakan untuk berbagai-bagai tujuan.

Antara Khasiat Belimbing Buluh;

1. Ia mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur boleh menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau.

2. Jika direbus, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam. Untuk menghilangkan batuk, campurkan segenggam bunga Belimbing Buluh dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Seterusnya direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, 3 kali sehari.

3. Untuk anda yang ada darah tinggi, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.

4. Bagi bayi yang diserang oleh penyakit kuning, mandi dengan air mendidih meninggalkan buah bintang untuk memudahkannya.

Untuk Penyakit Darah Tinggi;

1. Ambil beberapa biji benih segar. Bersihkannya terlebih dahulu dan semuanya sehingga dihancurkan.

2. Setelah lumat, tapiskannya ke dalam cawan untuk diambil airnya. Amalkan meminum air tapisan belimbing asam ni sekali sehari. Sama ada pada waktu pagi ataupun petang.

3. Rasanya teramatlah masam. Jadi, anda boleh menambah sedikit perasa seperti madu ataupun gula batu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *