Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
TIPS

8 Tanda-Tanda Anda Mungkin Memiliki Kerosakan Saraf

Terdapat berbilion saraf dalam badan anda. Apabila semuanya berjalan dengan lancar, otak anda mendapatkan maklumat yang diperlukan agar anda boleh menggerakkan otot anda, mengenali kesakitan, dan memastikan organ dalaman anda berfungsi dengan baik.

Tetapi apabila saraf periferi menjadi rosak, ia adalah sesuatu yang teruk: Berjalan boleh menjadi mencabar, anda mungkin mengalami kesakitan yang tidak terperi sakitnya, atau anda mungkin mengalami kecederaan serius kerana anda tidak tahu betapa panasnya kuali masak itu.

Antara sebab biasa berlaku saraf perferi rosak termasuk trauma tiba-tiba (seperti kemalangan kereta), kekurangan vitamin, pendedahan berat terhadap toksin (termasuk alkohol, ubat kanser, plumbum, raksa, dan arsenik), dan jangkitan dan gangguan autoimun seperti hepatitis C, difteri, HIV, Epstein-Barr , rheumatoid arthritis, dan Sindrom Guillain-Barré. Sementara itu, kira-kira 30% -40% daripada kes-kes neuropati adalah “idiopatik,” yang bermaksud tidak ada sebab yang diketahui, menurut Klinik Cleveland.

Berita baiknya adalah bahawa kerosakan saraf secara amnya berkembang dengan perlahan yang bermaksud anda mungkin boleh merawatnya sebelum ia menjadi semakin teruk-tetapi mendapatkan diagnosis yang tepat tidak selalunya mudah.

Solusi terbaik? Lihatlah doktor dengan segera jika anda mempunyai tanda-tanda berikut:

#1 Anda mempunyai rasa kebas, kesemutan, atau terbakar yang berpanjangan

#2 Sukar atau mustahil untuk mengerakan sebahagian dari tubuh anda

#3 Anda mempunyai kesakitan yang mengalir hanya pada sebelah kaki

#4 Anda lebih cemerkap(clumsy) daripada biasa

#5 Anda terasa ingin membuang air kecil setiap masa

#6 Anda mengalami sakit kepala yang singkat dan terlalu sakit yang merasakan seperti kejutan elektrik

#7 Anda berpeluh terlalu banyak atau terlalu sedikit

#8 Anda tercedera akibat ketidakfungsian deria sentuh

Sumber: Prevention Sumber: bukanAku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *