Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
TIPS

9 PETUA HALAU CICAK DARIPADA MASUK KE DALAM RUMAH

Bagaimana nak elakkan cicak dari masuk dalam rumah?

Anda boleh guna bahan berikut:

petua halau cicak

Foto Kredit: rovinginsight.org

1. KULIT TELUR

Cicak tidak suka bau telur. Oleh itu, letak kulit telur di ruang kosong tepi tingkap atau pintu untuk elakkan dari dimasuki oleh cicak.

Jangan lupa gantikan dengan baru selepas tiga minggu digunakan.

petua halau cicak kopi

Foto Kredit: indiatoday.in

2. SERBUK KOPI

Letak sedikit serbuk kopi dalam bekas. Masukkan juga serbuk tembakau dan gaul.

Ambil pencungkil gigi atau batang mancis dan sapu sedikit gam di atasnya kemudian lalukan pada serbuk yang sudah digaulkan.

Letak di tempat yang boleh dimasuki oleh cicak dan juga belakang almari. Cicak akan mati apabila makan serbuk ini.

bawang merah mengurangkan kolesterol

Foto Kredit: jurnaldeoas.ro

3. BAWANG PUTIH/MERAH

Cicak benci bau bawang putih dan merah. Gantung atau letak bawang di tingkap atau pintu.

Boleh juga kisar bawang bersama sedikit air. Sembur jus ini di sekeliling rumah.

petua halau cicak

4. LADA HITAM

Dalam satu bekas, masukkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan air kemudian masukkan dalam botol spray.

Sembur dinding, tingkap dan pintu untuk elak cicak masuk dan merayap dalam rumah.

Cicak tidak tahan dengan rasa pedas.

petua halau cicak

Foto Kredit: ghost32writer.com

5. PLY PAPER

Lekatkan ply paper pada bahagian bucu siling dan sudut dinding.

Apabila cicak melaluinya, ia akan melekat pada ply paper ini. Jadi dengan mudah anda boleh membuang cicak yang tersekat.

petua halau cicak

Foto Kredit: thebrunettediaries.com

6. AIR SEJUK

Sembur air pada cicak. Lagi sejuk lagi bagus kerana ia akan melumpuhkan pergerakan cicak.

petua halau cicak

Foto Kredit: boldsky.com

7. SOS TABASCO

Campurkan air bersama sos Tabasco dan masukkan dalam botol spray.

Sembur belakang almari, rak dan dinding. Baunya yang tajam akan membuatkan bukan sahaja cicak lari malah serangga lain juga tidak berani mendekati.

Foto Kredit: antarajateng.com

Foto Kredit: antarajateng.com

8. BULU AYAM

Cicak memang gerun dengan burung. Gantung atau letak bulu ayam sekitar rumah.

Apabila cicak melihatnya, dengan segera ia akan menjauhkan diri.

perangkap

9. PERANGKAP TIKUS

Tidak terhad pada menangkap tikus, perangkap ini juga sebenarnya boleh digunakan untuk menjerat cicak juga.

petua halau cicak

Foto kredit: havingtime.wordpress.com

AMALKAN KEBERSIHAN

Sebaiknya pastikan pinggan mangkuk kotor dicuci dengan segera.

Jadi, tiada saki baki sisa makanan di kaunter dapur mahupun lantai yang boleh menarik perhatian serangga mengerumuninya sekaligus menarik perhatian cicak untuk menangkap serangga-serangga ini.

Semoga anda dapat memanfaatkan petua halau cicak yang kami kongsikan di atas ini!



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *