Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
PETUA

Amalkan Petua Ini Sebelum Tidur, Esoknya Segala Toksin Dan Racun Dalam Tubuh Badan Akan Hilang

Toksik yang terkumpul sekian lama di dalam tubuh boleh mendatangkan pelbagai penyakit termasuklah menghalang penyerapan nutrien dan vitamin ke dalam sistem badan, membunuh bakteria baik dalam badan serta menghalang oksigen untuk bergabung dengan sel darah merah yang seterusnya menyebabkan ketidak fungsian organ yang bisa meragut nyawa.

Ramai yang menganggap toksik ini adalah perkara remeh yang perlu dipertimbangkan walhal kesannya
Bawang putih merupakan salah satu makanan sihat yang perlu anda amalkan sebagai rutin harian. Bawang putih kaya dengan vitamin, mineral, enzim yang diperlukan oleh tubuh badan serta mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan.

Antara manfaat bawang putih adalah menewaskan setiap jenis jangkitan kerana bawang putih mempunyai kandungan anti bakteria yang kuat, melawan dan mencegah pelbagai jenis kanser, mengubati masalah pencernaan, menurunkan kadar kolestrol, dan meredakan selsema.

Bawang putih juga dapat membersihkan tubuh badan anda dari racun dan membantu anda menyelesaikan segala jenis penyakit yang anda hidapi. Berikut adalah cara-cara mengolah bawang putih untuk mengeluarkan racun dalam tubuh.

Potong beberapa hirisan bawang putih, kemudian tambahkan satu sudu air dan masukkan perahan air lemon dan kemudian anda boleh mula minum. Ulangi prosedur ini setiap hari dan minum banyak air setiap hari untuk menyingkirkan toksin-toksin dari tubuh badan serta mengubati pelbagai jenis penyakit.

Minumlah banyak air kerana itu akan bantu mengeluarkan toksin dari tubuh dan boleh makan banyak yogurt serta tempe untuk melancarkan sistem penghadaman.

Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk memberus sekali lidah semasa memberus gigi kerana pada bahagian lidahlah banyak sisa makanan yang tertinggal seterusnya menjadi toksin kerana tidak dibersihkan secara rapi.

Oh! Menghirup udara dalam-dalam sebelum melepaskan juga dapat membebaskan toksin menerusi paru-paru.

Sumber dari Natural Healing Magazine

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *