Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
PETUA, RUMAHTANGGA, TIPS

10 Sisi Wanita Yang Boleh Buat Lelaki Tergoda

Pemikiran lelaki sukar untuk diramalkan ketika memilih pasangan kerana mereka punya
cita rasa yang tersendiri. Mereka pastinya ada kriteria-kriteria tertentu dalam memilih
teman wanita termasuklah sisi wanita yang boleh membuatkannya tergoda.

Bagi wanita pula memiliki tubuh badan yang ideal penting sebagai menepati ciri-ciri
idaman lelaki. Namun ketahuilah bahawa ada 10 sisi lain pada wanita yang boleh
membuatkan lelaki tertarik.

1. Senyuman manis

Cukup dengan senyuman manis seorang wanita pastinya mampu membuatkan jantung
lelaki berdegup kencang. Ditambah lagi dengan sifat semula jadi wanita yang ayu, lemah
lembut dan manis akan membuatkan orang yang melihatnya tertarik dan terpesona.

Hati lelaki bagaikan dipanah apabila melihat wanita melemparkan senyuman manis. Malah
dengan senyuman juga boleh menceriakan seseorang yang sedang berduka. Jadi hati-hati
lelaki dengan senyuman manis wanita kerana ia berupaya untuk membuahkan perasaan
cinta.

2. Mata yang menawan

Bak kata orang, dari mata turun ke hati. Untuk melihat sepasang mata wanita yang cantik
secara natural sememangnya sukar kerana zaman kini wanita mencantikkan mata mereka
dengan pelbagai alat solekan.

Ini secara tidak langsung telah mengaburi kecantikan asli seorang wanita. Namun jika
lelaki berjumpa dengan wanita dengan sepasang mata yang cantik pastinya membuatkan
lelaki jadi tidak keruan.

3. Rambut hitam yang sihat

Sebenarnya anda tidak perlu menghilangkan keaslian warna rambut kerana rambut yang
hitam, sihat, ikal mayang dan lembut boleh menarik perhatian lelaki. Jadi untunglah kita
sebagai orang Asia kerana miliki rambut berwarna hitam. Malah rambut hitam yang sihat
juga menunjukkan yang anda pandai menjaga aset wanita.

Jadi para wanita, jagalah mahkota anda ini dengan sebaiknya agar ia kekal sihat dan
cantik kerana ia mampu menyerlahkan diri bentuk wajah seorang wanita.

4. Badan yang berisi

Sebahagian besar wanita menganggap lelaki hanya menyukai wanita bertubuh kurus
kerana wanita fikir tubuh kurus itu tampak seksi. Namun hakikat yang sebenarnya orang
lelaki lebih tergoda pada wanita yang sedikit berisi dan miliki pinggul serta ukuran
pinggang yang lebar.

Pada pandangan lelaki, kalau wanita terlalu kurus melidi mereka akan tampak seperti tidak
sihat dan tidak sedap untuk dipeluk.

5. Berwajah natural dan tidak bersolek tebal

Hasil kajian yang dilakukan oleh Quarterly Journal of Experimental Psychology mendapati
bahawa apabila lelaki ditunjukkan dengan gambar wanita bersolek dan tidak bersolek,
keputusannya jelas menunjukkan lelaki lebih memilih gambar wanita yang tidak bersolek.
Ini kerana mereka lebih tertarik melihat wajah sebenar wanita berbanding wanita dengan
wajah yang sudah disolekkan. Seeloknya pilihlah rona natural agar wajah anda tampak
berseri.

6. Memakai pakaian atau gincu berona merah

Rona merah sering dikaitkan dengan hubungan intim kerana ia terbukti boleh menaikkan
nafsu. Malah kajian yang dijalankan oleh Journal of Personality and Social Psychology
mendapati bahawa lelaki akan mudah tertarik dengan wanita sekali gus membuatkan
emosinya terangsang dengan rona merah yang digayakan wanita tidak kira sama ada
menerusi pakaian ataupun solekan.

Mana-mana yang dah berkahwin tu boleh la goda dan pikat suami anda dengan memakai
pakaian dalam rona merah ketika berhubungan intim.

7. Memakai kaca mata

Wanita yang memakai kaca mata juga boleh membuatkan lelaki mudah tergoda. Ia secara
tidak langsung menjadikan penampilan wanita berkaca mata lebih seksi kerana
menampakkan anda seorang wanita bijak dan hot.

8. Suara ketika waktu subur

Berdasarkan kajian, perubahan hormon ketika aliran menstruasi akan mengubah suara
wanita. Inilah yang membuatkan lelaki mampu tergoda apabila mendengar suara wanita.
Menurut kajian pada waktu subur, suara wanita akan mengirimkan aliran listrik melalui kulit
seorang lelaki.

Dengan kata lain, pada waktu puncak kesuburannya, suara wanita boleh membuat kulit
lelaki (wanita juga) tertarik ketika berbicara.

Suara wanita dikatakan lebih menggoda daripada yang pernah anda fikirkan khususnya
ketika wanita berada pada masa paling subur daripada aliran menstruasinya. Suara wanita
juga disebut-sebut mampu memberi “aliran listrik” ke kulit seorang lelaki.

9. Kaki yang panjang

Di mata lelaki, kaki wanita yang panjang ditambah lagi dengan memakai kasut tumit tinggi
akan menonjolkan keseksian. Dengan memakai kasut tumit tinggi, kaki, punggung dan
bahagian belakang wanita akan tampak menarik.

10. Gigi yang putih dan bersih

Senyuman dengan gigi yang putih dan bersih mampu membuatkan sesiapa pun cair
apabila melihatnya. Malah menurut pakar, kebanyakan lelaki kurang menyenangi gigi
pasangan yang kekuningan dan tidak tersusun. Disebabkan itulah setiap orang disarankan untuk membuat pemeriksaan gigi secara berkala enam bulan sekali agar gigi anda sihat, bersih dan putih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *