Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
PETUA

Cara Kuruskan Badan Tanpa Perlu Berdiet Dan Bersenam

Cara Kuruskan Badan.Anda benar-benar mahu berjaya kuruskan badan? Artikel Cara Kuruskan Badan Tanpa Diet ini bakal membantu.Kebanyakan wanita menurunkan berat badan dengan berdiet atau mengawal jumlah pengambilan makanan.  Jika anda masih gagal menguruskan badan, dan berat badan pula kelihatan semakin baik, cuba praktik tips ini.

Cara kuruskan badan tanpa diet, bahkan anda juga tidak perlu untuk bersenam!

1.Kunyah Makanan Sampai Lumat/Hancur

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adlaha mengunyah makanan selumat mungkin serta perlahan-lahan. Pastikan makanan yang anda makan itu telah hancur sebelum anda menelannya. Ia akan melancarkan proses penghadaman makanan yang anda makan.

2.Katakan TIDAK Pada Softdirink!

Minuman berkarbonat ini sangat menyegarkan apabila dimimum bersama ais. Namun,  tahukah anda minuman ini mengundang masalah perut buncit! Kandungan kalorinya membuatkan lemak berkumpul pada perut.

3. Jadikan Sup Sebagai Menu Kegemaran

Sup adalah menu terbaik untuk membantu menguruskan badan. Kaya dengan kandungan nutrisi dan vitamin, sehingga membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.  Paling penting, pilih sup  yang rendah kandungan kalori ya!

4. Nikmati Teh Hijau

Teh hijau mempunyai khasiat tersendiri dan salah satunya adalah membantu melunturkan lemak di perut.

5. Jadi Vagetarian

Tak ada salahnya jika anda memilih untuk menjadi vageterian. Orang-orang yang memilih menjadi vageterian tidak makan daging ataupun produk-produk haiwan. Ia aan menghindari anda daripada penyakit kolesterol sehinga dapat mengawal berat badan anda.

6. Ganti Dengan Gula-Gula Getah

Walaupun tidak lapar, namun mulut anda tetap seperti mahu menggunyah sahaja! Biarpun tergoda dengan keenakan jajan, namun anda harus tabahkan hati dan cuba gantikannya dengan mengunyah gula-gula getah. Ia akan membantu memberikan rasa puas tanpa perlu menambah kalori di dalam tubuh.

7.Dapatkan Tidur Yang Secukupnya

Kekurangan tidur boleh membuatkan anda asyik berasa lapar sehingga tidak dapat mengawal nafsu makan. Akibatnya, anda akan mengambil lebih banyak kalori untuk memuaskan hati anda.

CHOP!

Khasiat Buah Plum Dan Aprikot

Kajian daripada University of Liverpool mengatakan, mereka yang memakan buah plum pada setiap hari mengalami penurunan berat badan dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak memakannya. Serat tinggi yang terkandung dalam plum mampu meningkatkan metaboliesme sehingga menurunkan berat badan dengan lebih cepat.

Manakala aprikot pula dikatakan dapat menguruskan badan apabila dimakan pada waktu yang tepat. Sebuah kajian daripada Nutrition Journal mengatakan bahawa pengambilan setengah buah aprikot pada waktu siang akan membuatkan perut ada kenyang hingga ke malam. Selain kandungan serat, aprikot juga mengandungi kalium dan lemak sihat di dalamnya boleh mengurangkan keinginan anda untuk mengunyah makanan ringan yang tidak sihat pada petang hari.-sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *