PETUA

Cara mudah menjaga Payudara biar kekal cantik & bebas kanser

Sama seperti bahagian tubuh yang lain, payudara juga memerlukan perhatian anda agar sentiasa sihat dan terhindar daripada gangguan kesihatan seperti kanser dan sebagainya.

Manjakan Payudara

Sebenarnya ramai di antara kita yang kurang merawat payudara, sedangkan kita perlu manjakan aset berharga kita yang satu ini. Bersihkan payudara anda sebelum melakukan urutan atau memakai masker payudara, ini merupakan langkah pertama anda merawat payudara.Gunakan pembersih pada pudara, ratakannya secara melingkar pada payudara sehingga bahagian dada. Kemudian bersihkan dengan tuala kecil dengan arah melingkar dan bersihkan juga pada bahagian puting susunya. Terakhir, tepuk-tepuk secara perlahan-lahan dengan menggunakan penyegar yang dituang pada kapas, kemudian diusapkan pada payudara.

Semak Ukuran Payudara Dengan Tepat

Lebih daripada 70 peratus wanita dikatakan menggunakan ukuran bra atau coli yang salah.Ia boleh menyebabkan kerosakan ligament payudara, rasa perit dan payudara menjadi kendur. Ukuran payudara boleh berubah-rubah sepanjang hidup disebabkan perubahan berat badan, kehamilan dan menopause. Oleh sebab itu, semaklah ukuran payudara anda dengan tepat dan secara berkala. Selain itu, jangan lupa membuat pemeriksaan payudara secara teratur untuk mengesan tanda-tanda kanser payudara atau masalah lain. Setiap wanita juga disarankan untuk mengenal dan memeriksa sendiri payudaranya pada setiap bulan.

Rajin Bersenam

Seminggu sekali lakukan aktiviti fizikal yang menumpukan bahagian otot dada seperti angkat beban atau berenang. Ia berfungsi untuk mencegah kulit payudara kendur – terutama anda yang bakal memasuki usia 30 tahun dan seterusnya, kulit payudara jadi lebih mudah berkerut. Angkat beban juga bermanfaat mengurangi lemak di payudara, sehingga mengurangkan risiko diserang tumor payudara.

Tukar Bra Setiap Enam Bulan

Tukar bra paling kurang, setiap enam bulan sekali. Bra yang digunakan lebih dari enam bulan cenderung sudah mengendur talinya. Jika anda terus memakainya ia boleh menyebabkan rasa sakit di bahu atau pinggang kerana payudara tidak disokong dengan sempurna. Selain itu, ketika bersenam gunakan bra khas untuk senaman. Ketika bersenam, payudara anda cenderung bergerak seiring dengan gerakan di tubuh. Jika ia tidak disokong dengan betul boleh timbulkan rasa yang tidak selesa, sakit serta kerosakan ligament yang boleh menyebabkan payudara kendur.

Cuba Perbaiki Postur Tubuh

Postur tubuh mempengaruhi bentuk dari payudara. Dengan menjaga postur tubuh bermakna anda telah merawat payudara kerana otot-otot dada boleh kehilangan fleksibiliti ketika bahu turun atau posisi membongkok yang menyebabkan bentuk payudara kendur. Jadi, cubalah anda perhatikan cara anda berjalan, duduk dan berdiri sepanjang waktu. Tak ada salahnya jika  anda melakukan senaman untuk memperbaiki postur tubuh anda seperti melakukan senaman yoga dan pilates.- sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *