Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
KESIHATAN

Kenali tanda-tanda kanser payudara

Kanser payudara adalah penyakit yang boleh membunuh didalam diam khususnya kepada wanita namun ada juga kes yang melibatkan kaum lelaki. kebelakangan ini ramai wanita yang sudah mula sedar tentang bahaya kanser payudara. Apatah lagi, kes berkaitan dengan kanser payudara ini sering berlaku dalam masyarakat pada hari ini dan kanser payudara juga boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira jantina dan tidak mengenal usia.Oleh itu, sentiasalah berwaspada dan lakukanlah pemeriksaan sekerap yang mungkin untuk mencegah penyakit tersebut.

Salah satu cara terbaik untuk menghindari kanser payudara adalah dengan mengenal pasti sejak awal lagi setiap perubahan, sekecil apapun pada payudara anda. Adalah sangat penting setiap wanita melakukan mammogram secara rutin pada setiap tahun.Pemeriksaan mammogram adalah salah satu cara untuk mengesan adanya kanser payudara, sehingga boleh ditangani dengan cepat.Bertindaklah sebelum terlewat.

Tidak banyak tanda-tanda yang boleh dilihat dari mata kasar jika anda mengalami kanser payudara. Jadi,sebab itulah penting untuk  melakukan screening setahun sekali dan melakukan pemeriksaan payudara sendiri (SADARI) pada setiap bulan. Dengan melakukan pemeriksaan mammogram, perubahan abnormal pada payudara akan dilihat.

Berikut adalah beberapa perubahan abnormal yang mungkin merupakan tanda-tanda kanser payudara yang diambil daripada sumber American Cancer Society:

Pembengkakan pada seluruh atau sebahagian payudara.

Iritasi pada kulit payudara.

Rasa sakit pada payudara.

Rasa sakit pada puting atau puting masuk ke dalam.

Kemerahan atau penebalan pada kulit puting atau payudara.

Keluarnya cecair dari puting selain air susu.

Adanya benjolan di ketiak.

Kesimpulan

Tanda-tanda tersebut tidak semestinya kanser payudara sahaja, tetapi boleh juga merupakan petanda dari keadaan yang tidak berbahaya, misalnya terkena infeksi. Sungguhpun begitu, anda harus segera membuat pemeriksaan doktor jika mengalami salah satu atau beberapa daripada tanda-tanda tersebut. Semakin cepat anda mengesan tanda-tanda kanker payudara, semakin tinggi kesempatan anda bertahan untuk hidup! Pilihan berada ditangan anda.Anda yang berhak memilih samaada untuk membuat pemeriksaan seperti yang disarankan atau membiarkan payudara mengancam nyawa anda. –sumber

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *