Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
TIPS

Kaedah terbaik hilangkan perut buncit

Perut nampak  boroi atau buncit? Kalau dulu pakai seluar ok je tetapi sekarang rasa macam sendat lain macam je, Ini yang tak syok! Padahal anda tak gemuk. Jom dapatkan tips hilangkan perut buncit di sini.

Kebanyakan wanita yang tidak gemuk, tidak terkecuali memiliki perut yang buncit. Sebenarnya lemak di perut lebih bahaya dibandingkan dengan lemak-lemak di bahagian lain tubuh.Perut buncit seakan menggambarkan lemak berlebihan yang terdapat di perut. Bahkan perut yang membuncit juga tidak memberikan sebarang manfaat pada kesihatan tubuh.

Masalah perut buncit juga boleh menunjukkan adanya masalah sistem penghadaman seperti sembelit, radang usus serta kerosakkan saraf  yang mempengaruhi perut.Ternyata bukan setakat kerana pengambilan makanan berlemak sahaja yang mengundang terjadinya perut buncit. Disebabkan banyak pengambilan makanan yang kaya gula, tepung, roti dan kuih juga boleh membuatkan perut anda buncit.

Untuk hilangkan perut buncit  ada beberapa perkara yang perlu anda perhatikan. Antaranya;

1. Hindari Makanan Bergoreng

Makanan bergoreng boleh memperlambatkan proses penghadaman sehingga membuatkan lemak berkumpul di dalam tubuh. Lemak yang bertimbun-timbun di seluruh tubuh termasuk perut akan meningkat seiring dengan pertambahan berat badan serta pola pemakanan anda yang tidak sihat.

Jika menggoreng, sebaiknya ganti minyak biasa yang anda gunakan itu dengan minyak bunga matahari ataupun minyak zaitun. Selain itu, anda disarankan menumis masakan anda dengan nyalaan api yang sederhana.

2. Kelebihan Garam(Sodium)

Elakkan pengambilan berlebihan garam, rempah yang masin serta makanan olahan mempunyai kandungan natrium yang tinggi.  Pengambilan makanan masin dalam jumlah yang lebih besar boleh membuatkan perut membuncit kerana garam dapat menarik air dalam jumlah yang besar sehingga menyebabkan retensi air.

3. Kurangkan Pengambilan Makanan Yang Manis-Manis

Makanan manis akan membuatkan tubuh anda kelebihan glukos dan mengundang kepada penimbunan lemak.

4.Minuman Berkarbonat

Banyak mengambil minuman berkarbonat terutama yang diperbuat daripada gula buatan, tidak akan membuatkan perut anda menajdi rata. Persenyawaan yang terkandung di dalamnya dapat diubah menjadi lemak.

5. Hindari Karbohidrat Sederhana Yang Berlebihan

Karbohidarat sederhana dalam makanan boleh menjadi lemak sangat cepat buat tubuh. Sebaiknya kurangkan pengambilan nasi, roti, pasta dan makanan lain yang banyak mengandungi karbohidrat sederhan. Sebaik gantinya, pilihlah roti gandum atau pasta gandum dengan karbohidrat kompleks. Anda juga boleh menggunakan spaghetti sebagai pengganti mee segera,  beras merah sebagai pengganti nasi dan oatmeal sebagai pengganti bubur.

6. Makanan Olahan Dengan Lemak Trans

Lemak trans yang banyak terdapat pada makanan olahan merupakan makanan yang tidak sihat. Selain itu, lemak trans juga boleh membuatkan perut anda menjadi buncit.

7. Perbanyakkan Makan Buah-Buahan & Sayuran Segar

Di dalam buah-buahan terkandung banyak nutrisi, anda digalakan memakan buah-buahan tiga kali dalam sehari. Jus buah-buahan yang telah diolah mengandungi lebih banyak gula sehingga mengundang kehadiran perut buncit. Pengambilan sayur-sauran yang kaya dengan serat semulajadi juga akan membuatkan anda kenyang lebih lama sehingga dapat mengawal pengambilan makanan tinggi lemak dan kalori.

8. Bersenam

Melakukan senaman walaupun dilakukan di rumah banyak manfaatnya kerana seluruh tubuh akan bergerak. Bahkan anda juga akan dapat mengecilkan banyak bahagian tubuh terutama di bahagian perut. ‘Sit up’ adalah salah satu jenis senaman yang berfungsi untuk menguatkan otot perut dan mengurangkan perut buncit anda sedikit demi sedikit.

9.Hindari Makan Sebelum Tidur

Hindari makan sebelum tidur kerana pada saat anda tidur, aktiviti pengadaman terhenti dan akhirnya makanan yang sepatutnya dihadam terus berkumpul.  Ia bukan sahaja membuatkan perut menjadi buncit, malah menghasilkan gas yang dapat membuatkan perut anda menjadi kembung-sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *