Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
PETUA

Kaedah paling terbaik atasi Keputihan

Kaedah paling terbaik atasi Keputihan .Adakah anda pernah mengalami masalah keputihan dan ingin tahu cara atasi keputihan dengan berkesan?Semoga artikal ini bermunafaat dan boleh membantu mengatasi masalah yang anda sedang hadapi.

Tahukah anda, keputihan adalah salah satu penyakit dalam faraj wanita yang sering berlaku.Faktor utama yang menyebabkan keputihan ialah apabila anda tidak menjaga permakanan yang betul. Ini akan membawa risiko keputihan kepada jangkitan kulat.

Menurut Pakar Sakit Puan Hospital Pakar KPJ Tawakal, Dr Jaafar Yaakob, keputihan adalah masalah normal yang berlaku pada semua wanita. Bezanya sama ada masalah ini serius atau sebaliknya.

Ini berlaku kerana bahagian alat sulit wanita sangat sensitif pada perubahan persekitaran terutama keasidan dan kealkalian. Justeru, setiap perubahan sama ada disebabkan jangkitan kuman seperti bakteria, penggunaan produk pembersih atau persekitaran akan menyebabkan ketidakselesaan, gatal atau mengeluarkan keputihan yang tidak normal serta berbau.

“Keputihan adalah cairan atau lendir yang keluar daripada liang faraj selain daripada darah haid. Ada keputihan yang normal dan ada yang tidak normal serta memerlukan rawatan selanjutnya.” Katanya.

Jangkitan kulat seperti ‘Candida Albicans’ selalu membiak di kawasan faraj. Jangkitan ini lazimnya berlaku dikalangan wanita yang masih subur dan jarang berlaku sebelum bermulanya haid atau selepas menopos.

Pesakit yang mempunyai ketahanan badan yang rendah boleh dijangkiti kulat yang lebih teruk sebanyak 15%.

Oleh hal yang demikian, faktor permakanan yang sihat perlu dititikberatkan ini kerana keputihan boleh menggangu aktiviti harian anda. Justeru itu juga, akan mengecewakan pasangan ketika melakukan hubungan intim anda, bagi wanita yang telah berkahwin.

Di bawah ini, kami sediakan cara-cara untuk mengatasi bau faraj bagi anda yang mengalaminya. Mungkin serba sedikit ia akan membantu anda dan jika anda mendapati ia kurang berkesan dan keputihan masih berterusan. Dapatkan pakar untuk menyelesaikan masalah faraj anda.

1. Minum 8 gelas air putih/ 2 botol besar air mineral/ 4 botol kecil air mineral.

Apabila anda minum air yang banyak, ia akan menyebabkan anda akan selalu ke tandas dan membersihkan bakteria secara semulajadi. Ia juga menyingkirkan gula yang berlebihan di dalam badan, yang terjadinya bakteria yang menghasilkan bau faraj.

2. Mengekalkan kebersihan diri

Gunakan air untuk mencuci faraj anda  setiap kali selepas menggunakan tandas. Anda boleh mencuci faraj anda dengan menggunakan sabun 4-5 kali sehari. Pastikan kawasan faraj anda bersih dan kering. Seeloknya biarkan rambut kemaluan anda pendek supaya kuman tidak dapat membiak.

3. Pemakaian pakaian dalam jenis kapas

Menurut Dr.Jaafar pemakaian pakaian dalam jenis sintetik yang terlalu ketat akan menambahkan lagi masalah keputihan. Ini kerana fabrik jenis ini akan menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

Seeloknya, pakai pakaian dalam jenis kapas dan menukar setiap hari dan lebih kerap pada hari mengalami keputihan. Pemakaian ‘pantyliner’ lebih bagus supaya keputihan tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

Pakai ‘pantyliner’ yang ada kandungan sirih, tea tree dan sebagainya untuk menghilangkan bau vagina anda.

4. Tukar pad dengan kerap ketika haid

Ketika haid, wanita seharusnya kerap menukar tuala wanita terutama pada hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah medium yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang memakai tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya selalu.

tampon ialah sejenis pad yang berbentuk silinder, sering digunakan oleh para atlet.

Kebersihan yang rapi perlu dilakukan supaya faraj anda tidak gatal atau berlaku ruam.

5.Permakanan menghilangkan bau faraj

Selain kebersihan, makanan juga berperanan terhadap bau khas yang keluar dari faraj anda. Makanan yang beraroma kuat seperti bawang putih dan rempah ratus dapat mengubah bau pada vagina. Bawang putih berfungsi sebagai anti-fungus dan juga anti-bakteria.

Permakanan buah-buahan sitrus juga membantu mengurangkan bau faraj anda ini kerana vitamin C kaya dengan anti oksidan dan mampu mengurangkan toksin dalam badan. Vitamin C adalah penting untuk menghalang pertumbuhan bakteria dan meningkatkan sistem imun

6. Pengambilan yogurt

Makanan selain yang disebut diatas ialah pengambilan yogurt. Yogurt kaya dengan kultur hidup atau lactobacillus, yang membantu menyeimbangkan pH faraj anda ke normal. Cuma mengambil 2 sudu yogurt asli setiap hari.

SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda supaya masalah keputihan berbau yang dialami dapat diselesaikan.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *