Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
KESIHATAN

Ketahui Apa itu COPD

Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik (COPD) merupakan penyakit yang kurang diagnosis dan mengancam nyawa. Ia adalah penyakit paru-paru progresif yang disebabkan terutamanya oleh asap tembakau

COPD ialah penyakit paru-paru progresif yang membuat seseorang itu semakin sukar untuk bernafas. COPD biasanya disebabkan pendedahan jangka panjang kepada perengsa paru-paru yang merosakkan paru-paru dan saluran penafasan.

Asap rokok ialah punca utama penyakit COPD, dengan kira-kira 89‒97 peratus daripada penghidap dikenalpasti sebagai perokok atau bekas perokok. Gejala-gejala biasa termasuk sesak nafas, khususnya apabila aktif, batuk berkahak yang berterusan, sering mendapat jangkitan dalam dada dan sentiasa berdehit.

Namun, gejala-gejala ini mungkin berlainan antara individu. Gejala-gejala COPD muncul secara perlahan-lahan, biasanya menjadi nyata apabila individu itu berusia 40 hingga 50 tahun.

Buat masa ini tidak ada penawar untuk menyembuhkan COPD, dan dengan kira-kira 384 juta orang dipercayai menghidap COPD di dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa COPD akan menjadi punca utama ketiga kematian di seluruh dunia menjelang 2030.

Di Malaysia, kajian Beban Penyakit Global menunjukkan COPD sebagai punca ketujuh kematian awal atau pramatang di Malaysia pada 2010.

Jadi ancaman

Pakar Perunding Perubatan Umum dan Pernafasan,Hospital Pakar KPJ Damansara, dan Pengerusi Yayasan Paru-Paru Malaysia, Datuk Dr Zainudin Md Zin berkata, COPD terus menjadi ancaman yang semakin meningkat di Malaysia, disebabkan tabiat merokok yang berleluasa dan bilangan penduduk tua yang semakin ramai.

Apabila risiko meningkat, keperluan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kesan COPD dan kerosakan yang tidak boleh dipulihkan kepada paru-paru juga meningkat,” jelasnya berucap sempena Hari COPD Sedunia 2017 anjuran Yayasan Paru-Paru Malaysia dan Persatuan Torasik Malaysia, dengan sokongan Glaxo Smith Kline Pharmaceutical Sdn Bhd(GSK), baru-baru ini.

Berhenti merokok

Pakar Perunding Pernafasan Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Presiden Persatuan Torasik Malaysia, Profesor Madya Dr Pang Yong Kek pula melihat cara terbaik untuk mencegah COPD adalah dengan elakkan merokok atau berhenti merokok.

Bagaimanapun, jika seseorang sudah disahkan menghidap COPD, terdapat cara-cara kami boleh membantu melegakan gejala-gejala penyakit, menambahbaik kualiti hidup pesakit dan mengurangkan risiko kematian.

Kami yakin kerjasama berterusan seperti ini boleh membantu meluaskan capaian sumber kami untuk membantu memperkasakan pesakit dalam pengurusan penyakit mereka,”ujarnya.

Yong Kek (kiri) Ramil dan Dr Zainuddin (kanan) berkongsi pandangan dan pengalaman sempena Hari COPD Sedunia 2017.

Komitmen berterusan

Naib Presiden dan Pengurus Besar, Glaxo Smite Kline Pharmacuetical Sdn Bhd, Ramil Burden menenegaskan, selama lebih 40 tahun GSK telah melabur dalam penyelidikan pernafasan– mencipta dan meperbaiki ubat-ubatan yang membawa transformasi mengenai rawatan penyakit pernafasan seperti COPD.

Kami mendapati setiap pesakit COPD mempunyai cabaran dan keperluan yang unik, dan menerusi pelancaran digital laman web COPD Choicesdi Malaysia, kami boleh terus menyokong individu yang menghidap COPD untuk terus menikmati sepenuhnya hidup ini,”katanya.

Info Hari COPD Sedunia

Hari COPD Sedunia merupakan hari peringatan global tahunan yang bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik (COPD) dan menambah baik penjagaan bagi pesakit di setiap pelosok dunia. Hari COPD Dunia pertama diadakan pada 2002.

Setiap tahun, GOLD (Inisiatif Global bagi Penyakit Sekatan Paru-Paru Kronik) menganjurkan Hari COPD Sedunia dengan memilih tema dan menghantar bahan kepada profesional penjagaan kesihatan, pendidik dan orang ramai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *