Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
TIPS

Rahsia wajah berseri dihari Perkahwinan

Adakah anda merupakan insan yang bakal menjadi raja sehari. Jom dapatkan tips perkahwinan di hari persandingan anda di sini.Hari pernikahan merupakan momen penting seumur hidup. Detik inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan bercinta.

Jadi, tidak hairanlah semua pasangan mempelai ingin tampil cantik dan sempurna sehingga ribuan mata orang terpegun melihatnya!Sebagai bakal ratu sehari, ada beberapa tips perkahwinan yang perlu anda praktik jika mahu tampil lebih cantik dan berkeyakinan di hari istimewa itu nanti.

1) Mantapkan Hati

Hindari stres dan jangan terlalu banyak memikirkannya. Stres akan mempengaruhi keadaan kulit, rambut dan juga suasana hati anda.Anda telah memilih si dia sebagai teman hidup anda sehidup semati, jadi cuba mantapkan hati… ikhlaskan diri anda untuk terikat dalam sebuah perkahwinan.Jika anda masih kelihatan ragu-ragu dengan perkahwinan tersebut, ia akan mempengaruhi aura anda di hari pernikahan itu nnati. Kecantikan anda tidak akan terpancar sepenuhnya walaupun anda telah didandan cantik!

2) Penjagaan Wajah

Supaya wajah kelihatan lebih segar, sebaiknya lakukan perawatan wajah seperti facial, sebulan atau tiga minggu sebelum majlis perkahwinan.Sebelum melakukanya, elok jika anda mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu. Apatah lagi, jika muka ada berjerawat.Kehadiran jerawat  bukan sahaja boleh merosakkan penampilan, bahkan membuatkan anda juga hilang keyakinan diri pada hari perkahwinan.

Walaupun boleh disembunyikan dengan mekap atau solekan, namun tidak sepenuhnya. Jika jerawat anda dalam keadaan parah, selain menjaga pemakanan ada juga perlu mendapatkan nasihat daripada pakar kulit. Dengan nasihat, ubat-ubatan serta produk yang tepat, anda akan berjaya menyingkirkan jerwat sebelum hari bahagia anda.

3) Buat Pemeriksaan Gigi

Salah satu bahagian tubuh yang perlu diperiksa menjelang hari nan bahagia adalah gigi. Pada hari istimewa itu nanti anda pasti akan banyak tersenyum serta membalas ucapan tahniah yang diberikan.Untuk mendapatkan senyuman yang menawan, setakat menggosok gigi dua kali sehari itu sebenarnya masih tidak mencukupi.  Anda perlu ke doktor gigi bagi memperbaiki semua masalah gigi seperti gigi berlubang atau karang gigi yang boleh membuatkan mulut anda berbau busuk!

4) Masalah Rambut

Agar rambut lebih sihat dan bersinar, terutama pada hari persandingan, gunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda.Elakkan mengggunakan pengering rambut terlalu kerap, tahan diri daripada menggunakan produk-produk styling rambut seperti gel rambut, pewarna rambut, pelurus rambut dan sebagainya.Cubalah potong rambut anda, setiap enam bulan untuk mencegah rambut bercabang atau ‘pecah-pecah’.

Kelemumur kerap terjadi di kulit kepala yang kering dan berminyak. Ini boleh menyebabkan kegatalan di kepala. Anda tentu tidak ingin penampilan anda di hari perkahwinan itu menjadi rosak dengn adanya serpihan yang memutih di pakaian pengantin anda. Situasi ini cukup memalukan dan sebelum ia terjadi, lebih baik anda merawatnya.

5) Mata Panda

Stres dengan pekerjaan/pelajaran serta kurang rehat dan tidur boleh mengakibatkan munculnya lingkaran gelap bawah mata/mata panda atau bengkak.Anda mungkin boleh menutupinya dengan concealer sehingga kelihatan lebih segar dan cantik semulajadi. Gunakan gel di bawah mata agar kulit halus ini terhidrasi. Boleh juga tekap dengan ais untuk mengurangi bengkak.Sebagai calon pengantin, anda dinasihatkan tidak berjaga selepas jam 12 malam. Mata akan kelihatan penat dan sudah pasti ia akan mengurangi kecantikan anda nanti.

6)  Jangan Lupa ‘Waxing’!

Ramai wanita yang menyingkirkan rambut kemaluan ini sebelum hari perkahwinannya. Jika mahu, anda boleh memilih cukur, krim hair removal atau Brazilian wax.

7) Pedicure & Manicure

Kebanyakan perempuan mengabaikan perawatan ini sedangkan tangan dan kaki penting kerana ia boleh merosakan penampilan anda di hari bahagia.Sebelum hari perkahwinan, lakukan pedicure dan manicure agar kaki dan tangan anda kelihatan bersih dan cantik.

8)  Ketiak Hitam

Jika andan memilih pakaian pengantin tanpa lengan, anda harus memastikan ketiak anda tidak hitam serta berbulu.Anda juga perlu menjaga kawasan tersebut tetap bersih, kering dengan mandi secara teratur sehingga menghilangkan peluh dan bau. Pastikan juga memakai deodorant supaya anda tetap wangi!

9) Stretch Mark

Strech mark biasanya terjadi ketika ada perubahan mendadak dalam berat badan dan kehilangan elastiknya. Anda boleh cuba merawatnya dengan menyapu vitamin E dan gel aloe vera .

10) Tubuh ‘Fit’

Bersenam sangat penting jika anda mahu tampil dengan tubuh ideal di hari bahagia itu nanti. Aktiviti sihat ini juga akan membantu anda mengurangi rasa stres.Semoga tips ini boleh membantu anda tampil lebih cantik di hari perkahwinan anda nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *