Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
MAKANAN

Kelebihan vitamin E kepada kesihatan kulit

Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh kita. Keperluan nutrisi sel-sel kulit adalah sama seperti organ-organ dalaman yang lain. Diantara nutrisi yang penting kepada kesihatan kulit adalah vitamin E.Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang terdiri daripada dua jenis  iaitu tokoferol dan tokotrienol.

Sumber utama vitamin E adalah daripada ikan, minyak zaitun, minyak kelapa sawit, kekacang dan mentega. Vitamin E jenis tokotrienol adalah anti oksidan yang kuat untuk melindungi kulit daripada kesan radikal bebas daripada cahaya matahari.Kajian terbaru menunjukkan tokotrienol  mempunyai kekuatan anti oksidan sehingga 40 kali ganda lebih kuasanya  berbanding  jenis tokoferol. Sumber tokotrienol yang paling mudah adalah minyak kelapa sawit.

AGEN ANTI PENUAAN

Tokotrienol mempunyai zarah sangat halus dan membolehkan ianya terus meresap dengan cepat ke dalam kulit dan berkumpul sehingga pada ke dalaman lima mikron dan menjaga sel-sel kulit dari kerosakan akibat radikal bebas dari matahari dan persekitaran. Kulit yang disapu dengan tokotrienol didapati mempunyai kepekatan vitamin E tujuh hingga 30 kali ganda lebih tinggi berbanding kulit yang tidak dirawat.

Dengan menggunakan produk yang mengandungi kandungan vitamin E tokotrienol yang tinggi dapat membantu kulit mendapat bekalan vitamin E secukupnya untuk menjaga kesihatan kulit dan mencegah penuaan kulit secara umumya.

Berdasarkan kajian saintifik, tokotrienol melindungi membran sel-sel kulit, enzim dalam sel-sel kulit dan DNA dalam sel-sel kulit. Kelebihannya kerana ia mampu menembusi dinding atau membran sel-sel kulit sehingga ke bahagian nukleus dan DNA.Dengan kuasa anti oksidan tokotrienol 60 kali ganda lebih tinggi daripada tokoferol maka kesan kerosakan akibat cahaya matahari ini akan terkawal. Oleh itu ia mencegah penuaan kulit lebih awal dan mengekalkan awet muda.

AGEN ANTI KEDUTAN

Tokotrienol juga menggerakkan sel-sel yang menghasilkan kolagen yang dipanggil sebagai fibroblast. Oleh itu ia mempunyai peranan sebagai bahan yang penting untuk memperbaiki sel-sel kulit yang rosak dan juga merawat luka pada kulit dengan lebih baik. Kolagen jenis satu adalah amat penting untuk menjaga keanjalan lapisan dermis kulit yang mengekalkan keremajaan kulit seseorang.

Dalam proses penuaan kulit biasa, kolagen jenis satu ini akan berkurangan dan bahan MMP (matrix metallo-proteinanses) yang menguraikan kolagen akan bertambah.Akhirnya ia menyebabkan terjadinya kedutan kulit. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh USM mendapati tokotrienol ini meningkatkan penghasilan bahan PICP (pro-collagen type 1-C peptide). Oleh itu ia akan meningkatkan penghasilan semula kolagen jenis 1 dan mampu mengurangkan masalah kedutan kulit akibat proses penuaan.

PELINDUNGAN MATAHARI

Tokotrinol adalah 40 hingga 60 kali lebih tinggi kuasa anti oksidannya berbanding vitamin E  jenis tokoferol mencegah kerosakan akibat peroksidasi lipid (lemak). Tokotrinol akan berkumpul di bahagian paling atas kulit iaitu stratum korneum dan ia bertindak sebagai pelindung pertama dari kerosakan radikal bebas daripada cahaya ultra ungu (UV) matahari yang menyebabkan kulit menjadi berkedut dan mendapat masalah pigmentasi.

Tokotrinol mempunyai nilai Radical Skin Factor (RSF) sebanyak 4.15, oleh itu ia mengurangkan dengan banyak jumlah radikal bebas dalam kulit akibat pendedahan kepada sinar UVA dan UVB cahaya matahari

AGEN PENCERAHAN KULIT

Kajian sains yang dijalankan di Singapura yang telah dilaporkan dalam jurnal perubatan Pigment Cell & Melanoma Research telah menunjukkan bahawa tokotrinol ini mempunyai kesan memutihkan kulit dengan kuasanya yang lebih tinggi sehingga 150 kali ganda berbanding bahan seperti asid kojik, arbutin dan sodium lactate.

Kajian tersebut mendapati tokotrinol mempunyai sifat menghalang aktiviti enzim tirosinase yang menjadi punca kepada penghasilan bahan melanin yang menjadi punca kepada kulit mendapat masalah pigmentasi.Secara khususnya tokotrinol dari isomer gamma dan delta yang mempunyai sifat ini. Kajian juga membuat kesimpulan bahawa tokotrinol boleh mencegah kanser kulit jenis melanoma.

MEMBANTU MENGURANGKAN PARUT

Dalam satu kajian terbaru yang dijalankan di Ohio State University mengkaji kesan tokotrinol mengurangkan parut akibat pembedahan.

Hasil rumusan kajian ini mendapati tokotrinol mempunyai potensi besar untuk mengurangkan masalah parut hypertrofi dan keloid dengan cara mengawal kadar keradangan luka pembedahan tersebut.  Kajian di universiti yang sama juga dibuat ke atas luka akibat melecur. Apabila tokotrinol disapu pada luka melecur ini maka didapati parut yang terhasil akibat melecur ini lebih baik dan tidak mendapat masalah parut besar atau keloid.

AGEN KELEMBAPAN KULIT

Tokotrinol mengurangkan kehilangan air daripada kulit dan meningkatkan fungsi perlindungan kulit. Menurut kajian, tokotrinol jika dicampurkan dengan bahan lain seperti lendir aloe vera boleh meningkatkan kelembapan kulit dan mengekalkan keanjalannya.

Dengan mengekalkan hidrasi atau kelembapan kulit maka tekstur kulit secara amnya juga akan bertambah baik. Mengamalkan penggunaan produk-produk asli dengan kajian sains yang kukuh akan membantu kita mendapatkan hasil yang lebih baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit untuk jangka masa panjang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *