Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
KESIHATAN

5 perkara wajib ketika mandi

SEBAGAI wanita tentunya anda ingin kelihatan sempurna daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki.Untuk kelihatan cantik, kebersihan diri harus diutamakan.Adakah hanya dengan mencuci muka, memberus gigi dan memakai buih mandian, adakah anda yakin tubuh anda sudah benar-benar bersih? Jangan terlalu pasti, sebaliknya anda perlu mengambil sedikit masa untuk melakukan perkara-perkara lain untuk kebersihan tubuh yang lebih optimum.

Berikut admin berikan beberapa contoh tetapi lima rutin  ini yang perlu anda praktikkan ketika mandi agar anda sentiasa kelihatan berseri-seri,

Dry brushing,Sebelum mandi anda digalakkan melakukan dry brushing menggunakan berus lembut khusus untuk kulit untuk mengelak kan kecerderaan dan kesan calar dipermukaan kulit akibat tersalah menggunakan berus. Kemudian baharulah mandi seperti biasa.

Berus kuku tangan & kaki,Bahagian kuku tangan dan kuku kaki sering dipandang remeh ketika mandi. Kedua-dua bahagian ini juga penting dan perlu dijaga. Untuk membersihkan kuku, gunakan nail brush untuk memberus kuku tangan dan kuku kaki.Pastikan semua hujung-hujung jari dan  hujung kuku dibersihkan sebaik mungkin terutama bagi yang menyimpan kuku.

Gunakan krim skrub tubuh,Amalkan krim skrub bagi mendapatkan kulit tubuh yang halus dan mulus. Jika mahukan kulit yang cerah dan gebu, lumurkan kulit tubuh dengan krim skrub berasaskan susu kambing. Amalkan setiap hari bagi mendapatkan kulit tubuh yang cerah, bersih dan lembut.seandainya tiada susu kambing pun tidak menjadi masalah cuma sebaik-baiknya guna lah skrub berasaskan susu kambing untuk lebih keberkesanannya.

Lumur rambut dan kulit kepala dengan minyak zaitun,Anda boleh menyapu minyak zaitun pada keseluruhan rambut dan kulit kepala. Biarkan seketika. Kemudian baharulah cuci rambut dengan syampu dilanjutkan dengan pemakaian perapi rambut.,Selepas membilas anda dapat rasakan hasilnya rambut anda lebih lembut,segar dan bersinar serta berbau harum.

Skrub kaki,Seringkali bahagian kaki diabaikan lantaran perhatian hanya ditujukan di bahagian wajah sahaja. Jangan lupa untuk menggunakan skrub kaki agar kulit tumit kaki sentiasa lembap dan sihat selain terhindar daripada masalah kulit tumit kaki yang kasar dan merekah.Penjagaan kaki juga tidak kurang pentingnya kerana kaki yang cantik memerlukan penjagaan yang sempurna juga.Itu adalah semestinya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *