Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
TIPS

Ketahui tip memilih pakaian senaman yang tepat, selesa

Bukan hanya pakaian ke pejabat dan kasual sahaja yang harus diberi keutamaan tetapi pakaian ketika bersukan juga harus diambil kira. Jangan sampai tersalah pakai pakaian pula saat beriadah.Jika tersalah memilih pakaian sukan anda bukan meminimumkan pergerakan anda malah membuatkan anda jadi tidak selesa ketika bersenam. Berikut tiga tip memilih pakaian ketika bersenam yang perlu diperhatikan ketika anda memilih pakaian sukan.

PILIH WARNA KEGEMARAN

Benarkah warna ada hubungannya dengan keselesaan ketika bersenam? Memakai pakaian senaman dengan warna kegemaran mampu menambah semangat dan keselesan ketika bersenam.Jangan lupa, pastikan padu padannya serasi dengan kasut sukan. Jangan sampai salah pilih warna. Ia boleh menyebabkan anda menjadi perhatian ketika bersenam di gimnasium.

PILIH BAHAN PAKAIAN YANG DAPAT MENYERAP PELUH

Bahan baju senaman yang diperbuat daripada bahan kapas memang mampu menyerap peluh dengan baik. Walau bagaimanapun ia tidak boleh tidak boleh mengeringkan peluh dengan cepat pada serat kain sehingga menyebabkan pakaian sukan terasa lebih berat saat dipakai.

Salah satu contoh jenis pakaian senaman yang baik adalah kombinasi bahan kapas, polyester dan spandex. Selain dapat menunjangkan tenaga fizikal, kombinasi ketiga-tiga bahan ini telah terbukti lebih baik daripada pakaian yang berbahan kapas sahaja.

PILIH PAKAIAN SENAMAN YANG SELESA

Pastikan pakaian senaman yang anda pakai tidak menganggu keselesaan ketika bergerak. Saat mencubanya, gerakkan tangan ke kanan ke kiri, ke bawah ke atas, memutar tubuh dan cuba berlari kecil. Lalu rasakan apakah pakaian yang anda pakai terlalu ketat atau sudah selesa.Jika terlalu ketat, jangan paksa diri untuk memakainya. Selain tidak selesa, pakaian senaman yang terlalu ketat juga berpotensi membahayakan diri anda. Gantilah dengan pakaian lain yang lebih selesa.

SESUAIKAN DENGAN JENIS SENAMAN

Sesuaikan pakaian sukan yang ingin dipilih dengan jenis senaman. Untuk senaman seperti berlari dan mengayuh basikal dianjurkan tidak menggunakan pakaian yang longgar agar terhindar daripada kecederaan. Penggunaan pakaian longgar pada saat mengayuh basikal boleh menimbulkan risiko seluar tersangkut pada pedal.

Para pelari juga tidak dianjurkan menggunakan pakaian longgar. Ini kerana aktiviti berlari melibatkan gerakan tubuh yang sangat dinamis. Tentu sahaja ia akan sangat menyulitkan apabila menggunakan pakaian longgar.

Anda suka pakaian senaman yang ketat? Pilih pakaian yang tidak terlalu ketat pada bahagian intim agar anda bebas bergerak terutama untuk senaman yang memerlukan kelenturan tubuh seperti pilates atau yoga.Apa pun model pakaian senaman yang anda pilih, pastikan untuk selalu mengutamakan keselamatan, keselesaan dan penampilan. Selamat bersenam! sumber ; Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *