Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
TIPS

Istilah cantik hujung rambut hingga hujung kaki

Merawat tubuh bukan hanya sekadar seperti ‘melepaskan batuk ditangga’. Ia perlu dilakukan secara berkala dan konsisten agar hasilnya pasti memuaskan hati.Meskipun diburu dengan pelbagai urusan di pejabat yang tidak pernah ada jalan ‘penghujungnya’ jangan sesekali mengabaikan soal penampilan diri. Berikut senarai semak penjagaan tubuh daripada hujung rambut ke hujung kaki.

Rambut,Bagi mendapatkan rambut yang cantik dan sihat, rajin-rajinlah membuat rawatan dari akar rambut hingga ke hujungnya. Amalkan makan suplemen. Vitamin B dapat memastikan rambut kekal sihat dan berkilau. Baiki hujung rambut yang rosak dengan kerap menggunting bahagian hujung rambut.

Wajah,Beri tumpuan khusus pada wajah setiap hati. Ambil masa untuk membelai wajah dengan melakukan rawatan wajah di spa yang anda selesa sekurang-kurangnya sebulan sekali. Minum banyak air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk memastikan kulit wajah tampak segar dan berseri. Cuci muka selalu dengan bahan pencuci wajah yang bersesuaian.

Mata,Pastikan anda mengoles krim mata pada setiap malam untuk menghilangkan garis halus di kawasan mata. Gunakan cermin mata hitam yang mempunyai pelindung UV apabila berada di kawasan terik. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran seperti lobak merah, brokoli dan sebagainya yang aman baik untuk mata.

BibirAmalkan menggunakan pemerah bibir yang mengandungi Vitamin E. Gunakan produk yang dapat membantu melembabkan bibir. Ambil multivitamin harian iaitu Vitamin B, C dan E untuk memelihara bibir.

Badan,Dapatkan berat badan ideal. Jika berat berlebihan secara tidak langsung tubuh akan kelihatan tidak ‘kemas.’ Kulit tubuh perlu sentiasa disapu dengan losen agar lebih lembut. Gunakan skrub badan seminggu sekali untuk membuang daki. Selain itu skrub badan juga mampu menjadikan kulit tubuh lebih halus dan mulus.

Tumit kaki,Tidak dapat dinafikan bahagian kaki sering diabaikan. Hakikatnya bahagian ini mencerminkan personaliti diri seseorang wanita sama ada menitikberatkan soal kecantikan atau tidak. Untuk penjagaan bahagian tumit kaki, lakukan rawatan pedicure. Gunakan pelembab khusus untuk penjagaan kulit kaki. Gunakan foot scrubber untuk mengeluarkan sel kulit mati.credit; SH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *