Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
PETUA

8 cara mudah dan murah hilangkan kesan jerawat

Parut biasanya terbentuk melalui proses penyembuhan luka di bahagian kulit termasuklah parut jerawat. Kulit wajah yang bersih tanpa cela tentunya menjadi idaman setiap wanita.Tidak kira usia remaja ataupun golongan dewasa,samaada sudah berumahtangga ataupun belum.

Parut jerawat sememangnya boleh menjejaskan kecantikan wajah seorang wanita. Ambil masa untuk membelai wajah anda bagi memastikan kulit wajah kekal terjaga. Ianya boleh dilakukan sendiri di rumah.  Ikuti beberapa tip di bawah sebagai panduan untuk anda menghilangkan parut dengan cara murah dan mudah.

Minyak Kelapa,

Lebih mujarab jika anda gunakan minyak kelapa dara. Sapukan pada parut dan dibiarkan begitu saja. Amalkan sehingga parut hilang. Jika kulit anda jenis berminyak, elok jangan guna cara ini terutamanya pada muka. Takut nanti semakin banyak jerawat yang tumbuh. Amat sesuai untuk mereka yang berkulit kering.

Sapuan Gula Tebu Organik,

Anda boleh buat sendiri sapuan gula ini dengan menggunakan gula tebu organik asli yang boleh dibeli di pasar raya. Campurkan gula tersebut dengan minyak zaitun dara dan lumatkan supaya menjadi seperti losyen. Titik sedikit jus lemon supaya ia basah sedikit. Sapu atau lurut pada parut dan biarkan selama 15 minit kemudian basuh dengan air bersih.

Jus Ubi Kentang,

Potong nipis ubi kentang Sapu pada parut dengan jus dan urut dengan kepingan kentang nipis tadi perlahan-lahan. Kemudian, biarkan selama 15 minit sebelum membasuh dengan air bersih. Buat sekali sehari sudah memadai.

Timun,

Hiris nipis kepingan timun dan urut pada kawasan parut perlahan-lahan. Amalkan selalu dan lihatlah hasilnya. Untuk sensasi yang menyegarkan anda boleh menyimpan kepingan timun terlebih dahulu ke dalam peti sejuk sebelum digunakan.

Serbuk Penaik,

Ambil tepung penaik, campur dengan sedikit air dan kacau supaya jadi seperti losen. Kemudian, sapukan pada kawasan parut dan urut perlahan-lahan. Biarkan sapuan losen kering pada kulit wajah sebelum dibersihkan dengan air suam. Amalkan dua atau tiga kali seminggu.

Kayu Manis,

Tumbuk atau kisar sedikit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Tambahkan dengan sedikit air kemudian sapukan pada bahagian kulit yang berparut. Untuk hasil yang lebih berkesan, tambahkan sedikit bedak sejuk.

Kacang Hijau,

Ia mempunyai khasiat tersendiri dalam rawatan kulit wajah. Caranya, kisar kacang hijau sehingga menjadi serbuk. Campurkan dengan sedikit air dan sapukan ke kawasan kulit yang berparut. Amalkan setiap hari untuk melihat hasilnya. Serbuk kacang hijau ini juga boleh dijadikan masker untuk merawat kulit wajah berjerawat.

Lidah Buaya,

Ia mempunyai kebaikan tersendiri untuk merawat kulit yang berparut. Anda hanya perlu sapukan lendir daun lidah buaya pada bahagian kulit berparut. Biarkan kering kemudian baharulah dibersihkan dibersihkan dengan air biasa. Amalkan setiap hari. Hasilnya pasti mengejutkan.Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *