Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
KESIHATAN

5 fakta diet yang patut anda tahu

Anda sudah berazam untuk menurunkan berat badan lantaran merasakan sudah tiba masanya untuk anda berbuat demikian. Namun harus diingatkan agar jangan sampai tersalah langkah.Amat penting untuk anda memilih jenis diet yang sesuai dengan kemampuan tubuh anda. Berikut lima fakta tentang diet yang perlu anda ketahui sebelum anda mengambil keputusan untuk memulakan diet.
UMUR 20 HINGGA 30 TAHUN,Jika umur anda sekarang adalah sekitar 20 hingga 30 tahun, pastikan ada sumber kalsium dam menu dalam diet anda. Tulang kerangka manusia mula terbentuk sekitar usia 20-an.Pengambilan kalsium yang mencukupi akan membantu anda mempunyai gigi dan tulang yang sihat. Protein penting bagi membekalkan tenaga.Banyakkan pengambilan protein kerana anda bergerak aktif pada usia ini.
Catu snek,Boleh sahaja makan snek tetapi kawal kuantiti pengambilannya. Cuba hadkan makan snek dua kali seminggu. Selepas mengambil snek yang diingini, jangan lupa untuk bersenam. Ia bertujuan untuk membakar jumlah kalori yang telah anda ambil.Usah disekat keinginan untuk mengambil snek. Bimbang pula anda lupa diri dan makan dengan banyak snek yang diinginkan. Lebih baik puaskan sahaja keinginan anda tetapi makan dengan kuantiti yang terkawal berbanding anda hilang kawalan sehingga makan dengan kuantiti yang banyak.
MINUM SUSU DAN JUS BUAH-BUAHAN,Ketika sarapan pagi, amalkan minum susu dan jus buah-buahan. Pengambilan susu dan jus buah-buahan membuatkan anda kenyang lebih lama. Kemudian bolehlah lanjutkan dengan makan sekeping roti bakar bersama putih telur yang digoreng menggunakan minyak zaitun. Jika mahu menu yang lebih mudah, semangkuk bijirin bersama susu sudah memadai.
ELAK MAKANAN BERGORENG,Adakalanya kita sering tersalah memilih menu. Sebagai contoh, antara terung goreng dan sepinggan spageti, yang mana satu menjadi pilihan anda? Jika anda memilih terung, anda telah membuat pilihan yang salah. Memang benar terung tergolong dalam kelompok sayur-sayuran tetapi kalorinya tinggi apabila digoreng kerana ia mudah menyerap minyak.
Sepinggan spageti mengandungi protein (daripada sos tomato dan daging) serta karbohidrat (pasta). Kunci utamanya ialah anda harus bijak membuat pilihan menu yang sesuai.
AMALKAN DIET ZONE,Mengikut hukum diet ini, pengamalnya perlu mengamalkan pengambilan makanan rendah karbohidrat dan lemak. Cara ini terbukti mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam masa 24 jam. Sebelum makan, pastikan makanan yang mahu diambil itu mengandungi 40 peratus karbohidrat, 30 peratus protein, dan 30 peratus lemak.

Jangan lebih dan jangan juga kurang. Ambil dalam kuantiti kecil dan jadikan buah atau biskut bijirin sebagai kudapan ringan anda. Diet ini juga merupakan diet pilihan Jennifer Aniston dan Sarah Jessica Parker.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *