Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
PETUA

Petua nampak cantik tanpa perlu bersolek

Jalan singkat untuk kelihatan cantik serta berseri ialah dengan cara menyolek wajah dengan pelbagai produk solekan.Namun untuk kesan jangka panjang jika terlalu kerap bersolek, kulit wajah akan mudah menjadi kusam selain ditumbuhi jerawat kerana liang-liang pori yang tersumbat.

Ada waktunya wajah perlu ‘bebas’ tanpa sebarang solekan.Sebaiknya jika mahu nampak cantik secara semula jadi, pastikan wajah anda bebas cela dan juga berseri.Pemakaian produk penjagaan wajah hanya menjaga wajah daripada luaran. Kecantikan sebenar perlu juga bermula daripada dalam. Mari lihat lima cara untuk kelihatan cantik tanpa perlu bersolek tebal.

Tinted mointuriser dengan SPF ,Gunakan tinted moisturiser berbanding bedak asas. Ia bukan sahaja melindungi wajah malah daripada sinar matahari ia juga membantu untuk mengimbangi warna kulit serta melembapkan kulit wajah.

Secawan vitamin C yang panas ,Minum secawan air panas yang dicampur dengan lemon.Ia akan memotong jumlah radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh anda. Secara tidak langsung ia akan membuatkan kulit wajah anda kekal sihat, segar dan berseri.

Pakai penyegar wajah bebas alkohol ,Penyegar bebas alkohol yang dipakai selepas membersihkan wajah dengan pencuci wajah yang sesuai akan memberikan kesan yang baik pada tona kulit. Ia juga akan membuang lapisan sisa mekap pada waktu pagi.

Skrub wajah dua kali seminggu ,Jangan malas untuk menggunakan skrub wajah. Mencuci wajah sahaja tidak cukup. Ini kerana sel-sel kulit mati hanya dapat disingkirkan melalui penggunaan skrub wajah. Gosok dengan lembut skrub pada wajah selama satu minit sebelum dibilas dengan air dingin dan lap sehingga kering.Lanjutkan dengan pemakaian produk penjagaan wajah yang lain.

Elak sentuh wajah ,Mungkin anda ada tabiat gemar memegang wajah. Mungkin ketika leka menonton televisyen, berehat-rehat sambil berbaring di atas sofa dan sebagainya.Hentikan memegang wajah anda tanpa sebab sepanjang hari.

 Jika ada jerawat, jangan picit jerawat, bintik putih dan juga bintik hitam pada wajah anda. Perbuatan ini hanya akan menyebarkan bakteria pada wajah anda.credit sinar harian.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *