Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
TIPS

Lima petanda diet anda mendatangkan hasil

APAKAH petanda yang program diet anda telah berjaya? Mungkin inikah yang ingin anda ketahui.Ada beberapa perkara yang boleh menunjukkan diet anda berjaya. Ia boleh dikira sebagai penanda aras sama ada diet yang diamalkan itu sesuai atau tidak dengan tubuh anda. Tidak semestinya bergantung kepada mesin penimbang untuk menunjukkan keberkesanan diet anda.

Lingkaran pinggang,Diet anda akan sukses apabila lingkaran pinggang juga turun. Walau bagaimanapun anda mesti terus berusaha untuk menurunkan berat badan sehingga mencapai berat badan ideal.Kadang-kala berat badan sahaja yang berjaya turun tetapi belum tentu lingkaran pinggang berkurangan ukuran jika berat hanya turun satu hingga dua kilogram.

Cermin diri.Ketika berada di hadapan cermin, anda sendiri dapat merasakan bahawa penampilan anda lebih langsing dan berbeza daripada sebelum ini.Nilailah diri anda dengan jujur dan perbetulkan lagi program diet yang anda lakukan. Melihat bayangan sendiri di hadapan cermin akan membuatkan anda lebih sedar terhadap apa yang anda ambil dan berapa banyak yang anda makan.

Badan lebih segar ,Setiap kali bangun pagi, anda merasakan badan lebih segar dan ringan. Anda juga dapat merasakan yang anda mendapat rehat yang cukup dan lebih bersemangat untuk melakukan kerja-kerja harian. Ini menandakan diet yang anda lakukan adalah betul dan nutrisi yang diperlukan oleh badan mencukupi.

Diakui oleh kawan-kawanBukan seorang dua yang perasaan tentang perubahan diri anda tetapi ramai yang mengakui bahawa anda kelihatan semakin kurus.Jadi tidak sia-sia latihan dan program diet yang anda lakukan itu.

Semangat untuk bersenam,Ketika anda ingin bersenam sama ada di gimnasium atau tempat riadah, anda merasakan sangat seronok, lebih menyenangkan dan tidak membebankan. Malah ketika bersenam, tahap pernafasan juga stabil dan tidak termengah-mengah. Ini menandakan diet anda berhasil.

Tidak mudah sakit,Anda sentiasa dalam keadaan cergas, fit dan tidak mudah sakit. Ini menunjukkan anda berada dalam situasi sihat, metabolisme yang tinggi dan penghadaman yang baik..SH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *