Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
KESIHATAN

Berkhatan mampu elak barah

Setiap kali cuti penggal hujung tahun, ibu bapa mengambil peluang untuk mengkhatan anak lelaki yang mencapai usia tertentu.Berkhatan membabitkan pemotongan penghujung kulit kulup zakar atau kulit yang me­nutup penghujung zakar.

Prosedur ini biasa dilakukan kepada kanak-kanak lelaki sebelum baligh, seolah-olah menggambarkan persediaan atau keraian sebelum baligh.
Sebenarnya, prosedur ini diamalkan bagi menjaga kebersihan anggota kemaluan lelaki. Ini kerana penyakit barah zakar jarang kelihatan kepada lelaki berkhatan dan masalah salur reproduktif pasangan perempuan seperti jangkitan dan kanser pangkal rahim jarang berlaku apabila pasangan lelaki berkhatan.

Berdasarkan sejarah, amalan berkhatan kuno dianggap amalan ritual atau bercorak keagamaan. Ia bermula di Mesir dan sebahagian besar negara di benua Afrika dan juga diamalkan oleh bangsa Mayan, Aztec, Inca dan PolynesiaIa turut dilakukan kepada wanita yang mana sebahagian besar membabitkan penduduk Afrika serta Mesir.

Berkhatan untuk perempuan membabitkan pemotongan ‘klitoris’ atau bibir kecil dan keseluruhan bibir besar.Berbalik kepada berkhatan untuk lelaki, cara pemotongan kulit penghujung zakar mengikut kemudahan yang ada atau yang biasa dilakukan oleh Tok Mudim atau orang yang ditauliahkan untuk membuat prosedur itu.

Kebiasaannya penghujung kulup zakar dipotong dan kulit yang terdedah dicelup dengan minyak untuk menghentikan pendarahan. Luka kulit akan reda dalam tempoh seminggu atau dua.

Sebelum kulit kulup dipotong, kepala zakar akan dilucut keluar daripada penghujung kulup dan jika sukar akan dibantu dengan merendam dalam minyak.Kini ada pelbagai cara moden untuk prosedur berkhatan. Ia boleh dilakukan ketika kanak-kanak lelaki itu masih bayi.

Cara pemotongan moden ini membabitkan pengunaan alat penyepit atau klam, di mana kulit penghujung zakar diklam serta dipotong. Klam itu ditanggalkan selepas seminggu atau akan tertanggal secara sendiri.

Berkhatan perlu dilakukan mengikut keadaan zakar kerana kulit kulup perlu dipotong secara seimbang supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

Jarang wujud keadaan yang mana kecederaan berlaku akibat prosedur berkhatan secara moden.Berkhatan secara tradisional sudah ketinggalan zaman dan tidak harus dikekalkan kerana banyak masalah berlaku akibat prosedur itu seperti kecacatan kulit, parut tebal, infeksi dan kecacatan kepada zakar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *