Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
TIPS

Tips Mengambil Hati Pasangan

Tips Mengambil Hati Pasangan

Keharmonian rumah tangga terletak ditangan kedua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu dengan yang lain, insyaAllah rumah tangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Tips mengambil hati suami:

1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami, sentiasa menjaga kecantikan dari seperti masa berkenalan dahulu.

2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda. Tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.

3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa di suruh.

Tips mengambil hati isteri:

1. Memberi hadiah kepada isteri, walaupun nilainya tidak seberapa tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda.

2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan mengurus rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.

3. Temani isteri anda dan memberi pendapat anda apabila diminta.

4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum menikah haram pegang tangan, apabila selepas berkahwin mahu menyentuh isteri pun sudah tak ada masalah.

5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain di depannya, ini akan membuat isteri anda berkecil hati dan merasa kekurangan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *