Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
MAKANAN

Tahukah anda Pelbagai faedah makan tauhu

Tauhu adalah makanan popular yang dihasilkan daripada soya. Ia dibuat melalui proses penapaian susu soya segar, menekannya menjadi blok pepejal dan kemudian menyejukkannya.

Bahan ruji dalam masakan Jepun dan Cina, ia boleh dimasak dengan cara yang berbeza untuk mengubah teksturnya daripada lembut hinggalah rangup. Seperti kebanyakan makanan berasaskan soya, tauhu berasal dari China. Legenda mengatakan bahawa ia ditemui kira-kira 2,000 tahun lalu oleh seorang tukang masak Cina yang secara tidak sengaja menapai susu soya apabila dia menambah rumpai laut nigari.Diperkenalkan ke Jepun pada abad kelapan, tauhu pada asalnya dipanggil okabe. Nama modennya dikatakan tidak digunakan sehingga sekitar tahun 1400. Menjelang 1960-an, minat dalam pemakanan sihat membawa tauhu kepada negara Barat. Sejak itu, banyak penyelidikan yang menunjukkan pelbagai faedah yang boleh diperoleh daripada soya dan tauhu.

Tauhu adalah sumber protein yang baik dan mengandungi semua lapan asid amino penting. Ia juga sumber besi dan kalsium yang sangat baik dan mineral mangan, selenium dan fosforus. Di samping itu, tauhu adalah sumber magnesium, tembaga, zink dan vitamin B1 yang baik. Tauhu adalah makanan yang sangat baik daripada perspektif pemakanan dan kesihatan, malah ia turut dianggap memberikan perlindungan yang sama terhadap kanser dan penyakit jantung seperti kacang soya.
Protein soya dipercayai membantu mengurangkan paras kolesterol tepu (LDL) yang tidak baik untuk badan. Tauhu mengandungi fitoestrogen yang dipanggil isoflavon iaitu sekumpulan bahan kimia yang terdapat dalam makanan berasaskan tumbuhan.

Ia mempunyai struktur yang serupa dengan estrogen hormon wanita dan oleh itu meniru tindakan estrogen yang dihasilkan oleh badan.Ia secara semula jadi mengikat ke reseptor estrogen dalam sel manusia termasuk sel payudara – yang berpotensi mengurangkan risiko kanser payudara. Oleh kerana kandungan fitoestrogen soya, ramai wanita memutuskan untuk memasukkan makanan berasaskan soya seperti tauhu dalam diet mereka apabila memasuki usia menopaus.

Semasa menopaus, pengeluaran semula jadi estrogen berhenti dan menimbulkan pelbagai gejala yang kurang menyenangkan wanita. Ketika fitoestrogen bertindak sebagai estrogen yang lemah, ia boleh membantu melegakan gejala dengan meningkatkan tahapnya sedikit dan mengurangkan rasa panas di sesetengah wanita.Jurulatih kecergasan, Siti Fadhlina Halipah menunjukkan cara memasak hidangan sup tauhu ala Korea yang kurang lemak dan berkhasiat untuk seisi keluarga..Bahan: 3 keping tauhu, dihiris,Bawang putih,Bawang merah,kubis cina,sedikit suhun,Segenggam cili, dipotong kasar,sedikit cili padi (mengikut tahap pedas disukai),Garam dan gula secukup rasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *