Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
TIPS

Petua Elak Gaduh Suami Isteri

Petua Elak Gaduh Suami Isteri

Petua Untuk Elak Pergaduhan Rumahtangga

1. Jangan Merajuk – sebaik baiknya apabila bergaduh , jangan suka merajuk. Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah sebaliknya membuatkan masalah anda menjadi lebih buruk apabila si suami tidak peduli dengan rajukan anda.ingat, tidak semua suami jenis suka memujuk.Bimbang nantimasalah menjadi bertambah serius dan semakin sukar diselesaikan.

2. Jangan Menghukum – Menghukum tidak akan menyelesaikan masalah dan tidak langsung menolong prose berdamai malah hanya akan mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Jadi , kalau benar masih ada niat berdamai , jangan terlalu menghukum.berundinglah dengan cara yang berhemah adalah jalan yang terbaik.

3. Jangan Mencari Salah – Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian mendapati wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan. Adalah lebih baik apabila anda mengambil masa dan meneliti kekurangan diri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada pasangan.Nama pun perkongsian hidup jadi pasti ada kelemahan dan kekurangan pada setiap pasangan tak kira lah pihak suami atau pun isteri.

4. Mulakan Pendamaian – Sekiranya anda benar benar mahukan perdamaian , ambil langkah pertama untuk berdamai. Andai kata pasangan anda itu menolak usaha anda kerana dia memang tidak mahu berdamai , itu tidak menjadi isu besar. Sekurang kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai. Jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.Sebolehnya redakan dahulu keadaan biar suasana menjadi sedikit dingin baru lah senang untuk memulakan langkah kearah perdamaian.

5. Elak kan terlalu suka membebel atau leteran yang tidak bertempat.Terutama sekali sewaktu pasangan anda baru sampai ke rumah tak kira lah samaada baru pulang dari pejabat atau dari mana sekali pun,tidak semua pasangan anda bersedia untuk menerima leteran sesampai sahaja ke rumah.Dalam keadaan kepanasan dan kepenatan sememang nya jangan diamalkan.

6. Kenalpasti Punca Masalah – Tujuannya bukanlah untuk mengungkit tetapi untuk mengelakkannya pada depan hari kejadian yang sama berulang kembali.seeloknya jadikanlah pengalaman lalu sebagai pengajaran dan jangan lah diulangi lagi kesilapan lalu.Apa jua masalah mencari punca adalah mustahak kerana dari situ kita dapat merungkaikan segala apa yang tersimpul,terkusut dan terbuku dihati juga menjadikan punca kepada segala permasalahan yang timbul.

www.panduansuamisteri.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *